fbpx

Mona, Pekin sambut anak sulung ‘putera merdeka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKIN dan Mona menyambut kelahiran putera sulungnya, awal pagi 31 Ogos.

PETALING JAYA – Penantian empat tahun pasangan pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim untuk bergelar ibu dan bapa akhirnya menjadi kenyataan selepas selamat menyambut kelahiran anak sulung lelaki pada pukul 2.39 pagi tadi.

Lebih istimewa, pasangan itu turut menyambut kelahiran ‘putera merdeka’ ketika seluruh masyarakat di Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos, hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory milik Mona, pelakon berusia 37 tahun itu memberitahu keadaan dirinya dan juga bayi sihat dan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Ibu dan bayi selamat. Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi InstaStory milik suaminya, Pekin, pasangan itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat yang turut berkongsi rasa gembira atas kelahiran cahaya mata mereka.

“Tahniah. Selamat menjadi ayah dan ibu,” ucap seorang pengguna Instagram.

“Tahniah dapat anak merdeka. Selamat menjadi ibu dan ayah,” kata seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen membuat pengumuman kehamilannya pada Mei lalu, ketika itu kandungannya sudah berusia enam bulan.

Dia juga tudsak berniat untuk menyembunyikan kehamilannya kerana berasakan belum sesuai untuk berkongsi kepada umum selain perutnya yang kian membesar dan tidak lagi boleh disorok.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI