fbpx

Penduduk tidak makan ular antara punca ular banyak di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memegang seekor ular tikus timur yang ditangkap selepas memerangkapnya dari sebuah rumah di Bangkok pada 2018. - AFP

BANGKOK – Kakitangan kecemasan Bangkok melaporkan bahawa mereka menangkap kira-kira 60,000 ekor ular setahun di ibu negara Thailand itu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan menangkap ular direkodkan pada purata satu panggilan selang 15 minit, sepanjang hari.

Talian kecemasan yang mengendalikan panggilan mengenai ular di Bangkok menjadi lebih rutin daripada yang dijangkakan oleh sesetengah pihak.

Angka itu dikeluarkan selepas gambar seekor ular besar berada di atas sebatang pokok di daerah Din Daeng tular dan membuatkan penduduk ketakutan.

Kakitangan talian kecemasan di Bangkok berkata, mereka menerima kira-kira 200 panggilan setiap hari untuk mendapatkan bantuan mengenai haiwan perosak dengan separuh daripadanya adalah mengenai masalah ular.

Haiwan bermasalah lain seperti tebuan, biawak dan banyak lagi membentuk jumlah panggilan selebihnya.

Selepas menerima panggilan, kakitangan kecemasan akan pergi ke lokasi kejadian untuk menangkap dan mengurung ular terbabit sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan. Ular yang diserahkan akan dilepaskan ke habitat liar yang lebih sesuai dan jauh dari bandar.

Kadar kejayaan tangkapan adalah sebanyak 90 peratus walaupun sebilangan mengatakan bahawa terdapat antara 3,000 hingga 6,000 ular yang gagal ditangkap pada setiap tahun.

Pertubuhan Taman Zoologi menganggarkan bahawa setiap satu daripada 50 daerah di Bangkok mempunyai kira-kira 1,000 ular liar. 

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok adalah disebabkan rakyatnya tidak makan ular, bermakna reptilia itu tidak mempunyai pemangsa di kota raya itu sambil mempunyai banyak mangsa seperti anjing, kucing dan ayam,” kata pertubuhan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI