KESELAMATAN di lapangan terbang merupakan aspek yang tidak boleh dikompromi terutama dalam era perjalanan udara moden yang melibatkan jutaan penumpang setiap hari. Salah satu komponen penting dalam sistem keselamatan ini ialah penggunaan pengimbas beg berteknologi tinggi yang membantu pihak penguatkuasa mengesan sebarang ancaman sebelum ia dibawa masuk ke dalam pesawat. Insiden seperti nahas pesawat Rusia di Sinai 2015 menjadi peringatan global tentang betapa pentingnya langkah pencegahan yang ketat termasuk pemeriksaan bagasi secara menyeluruh. Menurut penyelidik dari Universiti Metropolitan Manchester, Britain,……














