PEMBUKAAN Muzium Apple di Utrecht, Belanda bukan sekadar meraikan sejarah sebuah syarikat teknologi terkemuka dunia. Sebaliknya, ia menghidupkan semula naratif ikonik yang dikaitkan dengan permulaan empayar Apple iaitu garaj milik Steve Jobs. Penciptaan semula ruang sederhana itu menjadi antara tarikan utama dalam Muzium Apple yang dibuka sempena ulang tahun ke-50 penubuhan syarikat Apple Inc. baru-baru ini. Melalui pendekatan imersif, muzium itu membawa pengunjung kembali ke era awal inovasi komputer peribadi yang bermula daripada ruang kecil tetapi penuh dengan cita-cita besar.……














