KETIKA ini, jemaah yang mendapat peluang untuk mengerjakan ibadah haji pasti sedang sibuk membuat persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Sebelum mengerjakan ibadah haji, jemaah juga sudah semestinya telah pergi mengikuti kursus asas haji yang akan menjadi panduan ketika berada di Tanah Suci. Namun begitu, tidak semua yang dipelajari akan diingati, terkadang jemaah mungkin terlupa dan terkeliru sehingga membuat carian di aplikasi umum untuk mendapatkan jawapan bagi sebarang persoalan yang timbul. Untuk itu, bagi memudahkan urusan jemaah mengerjakan ibadah haji……














