fbpx
PSG memikul beban tekanan yang lebih tinggi selaku juara bertahan menjelang saingan menentang Bayern awal pagi esok. - AFP

UCL: Misi PSG ke final pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menganggap aksi bertemu Bayern Munich pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Parc des Princes awal pagi esok sebagai medan ‘buku bertemu ruas’.

Menurut Enrique, aksi kali ini adalah berbeza meskipun pertembungan ini dianggap ulangan perlawanan peringkat liga yang menyaksikan Bayern mencatat kemenangan 2-1 sekali gus tidak boleh dijadikan sebagai ukuran.

Mengulas mengenai cabaran bakal dihadapi, Enrique mengakui Bayern merupakan antara pasukan terbaik dan paling konsisten di Eropah ketika ini.

“Kami melalui jadual sukar dalam UCL dan kini bakal bertemu salah satu pasukan terbaik di Eropah sebagai halangan sebelum ke final. Namun, pasukan juga tidak boleh merendah keupayaan diri kerana kami adalah juara bertahan.

“Secara peribadi, sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku, tetapi kami gembira berada di separuh akhir dan menjangkakan aksi hebat dalam dua perlawanan nanti,” katanya.

Pengendali berusia 55 tahun itu turut menolak status pilihan yang sering diberikan kepada mana-mana pasukan kerana kedua-dua kelab memiliki pengaruh tersendiri.

“Siapa pilihan tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang ditunjukkan kualiti permainan di atas padang,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Enrique turut memulakan perang psikologi apabila enggan mendedahkan sebarang perkembangan terkini skuadnya menjelang aksi getir itu.

“Separuh akhir ini sudah bermula dan saya tidak akan beri sebarang maklumat tambahan bocor diberikan kepada Bayern.

“Kali ini saya akan turunkan senarai pemain terbaik dan tidak kisah mengenai kerisauan mereka menjelang Piala Dunia nanti.

“Saya jurulatih PSG dan perkara lain bukan keutamaan saya. Tugas saya adalah mengurus situasi dalam kelab ini sahaja,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN