fbpx

Ahli Parlimen Johor Bahru terima ugutan bunuh, pejabat dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasir (kanan) menunjukkan kesan kebakaran di hadapan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru, di Taman Larkin Idaman, Johor Bahru, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mendakwa dirinya telah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali sejak Khamis lalu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu turut memberitahu, ugutan bunuh itu diterima hanya beberapa hari sebelum Pejabat Cabang PKR Johor Bahru yang juga merupakan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru dibakar, awal pagi hari ini.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bersuara bagi membela masyarakat khususnya di kawasan parlimen terbabit.

“Pada pukul 6 pagi ini, saya dimaklumkan Pejabat Cabang Johor Bahru telah dikhianati dimana terdapat satu insiden kebakaran berlaku. Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), kebakaran tersebut berpunca daripada lima tayar yang dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan.

“Akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku antaranya kunci roller shutter rosak, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabat cabang berkenaan di Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman di sini hari ini.

Tambah Akmal, akibat kebakaran itu, dia kemudian memeriksa akaun media sosial miliknya sebelum mendapati telah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu Yang tidak dikenali.

“Individu berkenaan meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara pada hari Khamis dan Jumaat lepas, yang mengandungi ugutan bunuh, bahasa kesat serta makian.

“Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu yang sama, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masanya yang dekat,” jelasnya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI