fbpx

Pengusaha kitar semula ternak nyamuk diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jengkaut digunakan bagi mengeluarkan 16 tan sampah di lokasi tersebut

KUALA SELANGOR – Walaupun pernah dikompaun sebanyak tiga kali ini namun tidak menginsafkan wanita warga asing untuk melupuskan sampah haram yang menjadi tempat pembiakan nyamuk di Bagan Pasir, Tanjong Karang, di sini, kelmarin.

Perkara itu terbongkar menerusi operasi khas selama tiga jam bermula kira-kira pukul 9 pagi oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan mengeluarkan 16 tan sampah menggunakan dua jengkaut dari lokaliti tersebut.

Operasi turut disertai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jefriee Ab. Manaf berkata, serbuan itu dijalankan hasil aduan awam mengenai (kacau ganggu) pengusaha berkenaan yang gagal mematuhi arahan Notis Larangan Pengumpulan Sampah pada bulan lalu.

Katanya, siasatan mendapati wanita berusia 40-an itu adalah pengusaha kitar semula dan menyewa lot tanah berkenaan sebagai tempat pengumpulan bahan kitar semula sebelum dihantar ke kilang pemprosesan berdekatan.

“Wanita itu yang menetap di premis terbabit turut didapati gagal memastikan penyeliaan kawasan secara teratur.

“Selain itu, terdapat lambakan sampah pukal yang tidak boleh dikitar semula sehingga menjadi sarang pembiakan nyamuk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jentik-jentik yang ditemui di lokasi tersebut.

Menurut beliau, wanita itu juga pernah dikompaun sebanyak tiga kali atas kesalahan sama.

Tambah Jefriee, pihaknya kemudian bertindak mengeluarkan sebanyak 16 tan sampah dari kawasan itu dan membersihkanya dengan menggunakan dua jengkaut.

“Pemilik tanah turut menambak tanah di laluan masuk ke kawasan itu bagi mengelak masalah berkenaan berulang.

“Tindakan itu dijalankan mengikut Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKS 2007,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI