fbpx
Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan.

Lelaki melecur rumah pekerja ladang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan selepas sebuah rumah pekerja ladang di Kampung Gombak Kuang di sini, terbakar malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, rumah berkenaan dilaporkan musnah hampir 90 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.15 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh digerakkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 8.24 malam dengan jarak perjalanan sejauh sembilan kilometer.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja ladang dan mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an mengalami melecur tahap satu pada bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ujarnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN