fbpx

[VIDEO] Empat maut kemalangan empat buah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 menghala ke Kuantan awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.26 pagi itu ialah tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dan seorang pemandu trak tunda.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena, sebuah Proton Exora, sebuah Proton Waja dan sebuah trak tunda yang dalam perjalanan ke arah Kuantan.

“Dalam kejadian itu lori kontena dipercayai terbabas dan merempuh trak tunda yang sedang mengangkat kenderaan jenis Proton Exora yang rosak di tepi lebuh raya serta turut merempuh kereta Proton Waja yang berhenti di tepi jalan.

“Akibat rempuhan treler menyebabkan Proton Exora jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman kira-kira 12 meter,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya tiga penumpang Proton Exora yang terdiri daripada dua warga emas dan seorang remaja maut selain lelaki dewasa yang merupakan pemandu trak tunda turut terkorban.

Katanya mangsa yang meninggal dunia di serahkan kepada pihak polis dan kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI