fbpx

Orang awam gagalkan kes ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular dua lelaki diserahkan kepada pihak polis.

KUALA LUMPUR – Cubaan dua lelaki dipercayai mahu meragut seorang wanita berjaya digagalkan oleh orang awam yang berada di lokasi, dalam kejadian di ibu negara malam tadi.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelihatan wanita tersebut berjalan seorang diri sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal.

Video itu memperlihatkan seorang daripada suspek dipercayai mengambil beg wanita tersebut, namun mangsa tidak mengalah sekali gus berlaku pergelutan.

Seterusnya, kelihatan seorang penghantar makanan p-hailing melanggar motosikal suspek dan membantu mangsa.

Insiden tersebut turut disaksikan pengguna kenderaan lain yang bersama-sama menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial memuji tindakan orang awam malah, ada yang kagum dengan tindakan wanita itu tidak berputus asa mempertahankan barangan miliknya.

“Aku puas apabila perempuan itu lawan seboleh-bolehnya. Lelaki jangan ingat perempuan lemah sangat,” kata seorang pengguna Facebook.

“Abang dari jalan seberang pun berhenti kereta dan lari hendak tolong. Terima kasih semua tolong kakak baju ‘kelawar’. Abang penghantar makanan yang berani, munculkan diri anda,” kata seorang lagi pemilik akaun.

Sementara itu, berdasarkan gambar-gambar yang tular, kedua-dua suspek diserahkan kepada polis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI