fbpx

Ng Tze Yong lupakan kejayaan Sukan Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG bermula baik pada saingan Kejohanan Dunia selepas menundukkan Chico Aura pada pusingan pertama semalam. – BADMINTON PHOTO

PERSEORANGAN lelaki negara, Ng Tze Yong mahu melupakan kejayaan meraih pingat perak pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi memberi tumpuan terhadap Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.

Pada pusingan pertama yang berlangsung semalam, pemain No.42 dunia itu bermula de­ngan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 21-16, 21-10 ke atas wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam tempoh 40 minit.

Lebih manis, keputusan itu merupakan kemenangan kedua Tze Yong ke atas Chico selepas kali pertama melakukannya pada kejohanan Cabaran Antarabangsa Indonesia 2019 menerusi aksi tiga set 14-21, 21-10, 21-13.

“Betul, kemenangan di Birmingham berikan saya keyakinan, tetapi saya tidak mahu berikan tekanan kepada diri sendiri. Oleh itu, saya mahu lupakan kejayaan di Komanwel dan anggap Kejohanan Dunia sebagai permulaan baharu.

“Berhubung kemenangan hari ini (semalam), saya cuma tampilkan aksi terbaik dan fokus untuk mengutip mata demi mata. Secara jujur, tidak ada arahan ­spesifik daripada jurulatih, cuma keluarkan permainan sendiri,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pemain kelahiran Johor itu dijangka berdepan aksi sukar pada pusingan kedua nanti apabila turun menentang pemain Thailand, Sitthikom Tammasin yang menewaskan pilihan ke-13 dari Jepun, Kanta Tsuneyama.

Sementara itu, pemain berpengalaman, Liew Daren gagal mengiringi Tze Yong ke pusingan kedua apabila tersingkir daripada saingan selepas tewas 16-21, 12-21 kepada pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI