fbpx

Nasib Najib ditentukan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJIB (tengah) bakal mengetahui mengenai nasibnya di Mahkamah Persekutuan hari ini.

PUTRAJAYA – Prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan hari ini bakal menentukan nasib Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada bekas Perdana Menteri itu dapat mengetepikan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd ataupun sebaliknya.

Pada prosiding hari ini, difahamkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhak memutuskan terus rayuan akhir Najib memandangkan peguam­nya, Hisyam Teh Poh Teik sejak Khamis lalu menyatakan tidak akan mengemukakan sebarang hujahan pada rayuan tersebut.

Dalam prosiding pada Jumaat lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan; “Kita uruskannya Selasa ini.”

Apa yang difahamkan maksud kenyataan itu ialah ‘mahkamah akan terus membuat keputusan’ atau ‘mahkamah akan menangguhkan keputusan rayuan akhir ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian’.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel lain yang turut terlibat ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada prosiding minggu lalu, Hisyam menyerahkan kepada mahkamah sama ingin menggunakan hujah pembelaan yang dikemukakan di pering­kat Mahkamah Rayuan pada Mei 2021 ketika membuat penilaian dan pertimbangan kelak.

Hisyam dan pihak pembelaan ketika ditemui turut mengesahkan bahawa Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta pada Selasa ini, 23 Ogos 2022.

Namun, Hisyam yang masih kekal berada di mahkamah sepanjang prosiding walaupun menyatakan Najib pada dasar­nya tidak lagi mempunyai peguam bela, berharap panel lima hakim itu tidak berbuat demikian.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember turut menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI