fbpx
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman oleh SPRM hari ini.

Disyaki minta rasuah RM1 juta, SPRM reman CEO badan berkanun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah itu sebagai balasan bagi membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor berkaitan pembinaan gelanggang squash bernilai RM7 juta di ibu negara.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 April depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

“Bagaimanapun suspek dipercayai telah menerima kira-kira RM500,000 tunai sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd. Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN