fbpx

Ahli Parlimen Bersatu paling malas hadir sidang Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hanya 25 peratus ketidakhadiran keseluruhan daripada 14.4 peratus Ahli Parlimennya, Bersatu dicatatkan sebagai parti paling malas hadiri sidang Dewan Rakyat.

Menurut statistik yang dikeluarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS), angka tersebut dikeluarkan berdasarkan sidang Dewan Rakyat yang bersidang selama 12 hari yang lalu.

“Bersatu (PN) selaku parti yang bersungguh-sungguh mahu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri nampaknya tidak memanifestasikan keinginan mereka secara bersungguh-sungguh dengan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli parlimen.

“Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya menghadiri lima daripada keseluruhan 12 hari sidang berlangsung manakala Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu dengan peratus kehadiran paling corot antara 222 ahli parlimen,” tulis GPS.

Statistik yang dikeluarkan GPS hari ini

Tambah GPS, dengan keseluruhan 25 peratus ketidakhadiran keseluruhan, prestasi mereka (Bersatu) sangat mengecewakan.

“Padahal, ahli parlimen Bersatu adalah keempat paling ramai yang memenuhi kerusi. Adakah kerusi ini sebenarnya layak untuk mereka?

“Satu-satunya wakil MIC (BN), Saravanan Murugan selaku Menteri Sumber Manusia juga jarang hadir dan hanya nampak muka ketika membentang RUU saja,” tulis GPS lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI