fbpx

Penstabilan politik cabaran paling getir dihadapi sebagai PM – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa cabaran paling getir dihadapi beliau sebagai pemimpin nombor satu kerajaan adalah dari segi menstabilkan politik.

Ismail Sabri berkata, kestabilan politik dilihat sebagai cabaran paling getir yang dihadapinya selepas setahun menerajui kepimpinan negara kerana ia adalah berkait dengan kestabilan ekonomi negara.

“Apabila saya mengambil alih kerajaan pada ketika politik negara tidak stabil, kita menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-sama pembangkang.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, saya masuk pejabat pada hari kedua, tiga pemimpin pembangkang datang untuk berbincang mengenai MoU tersebut yang ditandatangani kemudian,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran paling getir yang dihadapi sebagai Perdana Menteri selepas setahun menerajui kepimpinan kerajaan bersempena Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia hari ini.

Perdana Menteri berkata, perkara kedua paling getir yang dihadapi beliau adalah dari segi pemulihan ekonomi di mana kerajaan telah membuka semula sektor ekonomi yang telah ditutup selama dua tahun berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Bila kita buka semula, ia bukan perkara mudah terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil dan sebagainya. Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menghadapi masalah dan kita beri pelbagai insentif untuk bantu mereka.

“Konflik Rusia-Ukraine yang berlaku secara tiba-tiba turut memberi kesan kepada agenda pemulihan ekonomi negara,” ujar beliau.

Jelas Ismail Sabri, berkat hasil usaha kerajaan, Bank Negara telah mengumumkan bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku kedua 2022 Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.

“Malah, KDNK kita mengatasi pencapaian negara-negara kuasa besar ekonomi yang lain seperti China, Jepun, Amerika, EU dan lain-lain negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI