fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ditahan pukul isteri dengan kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki memukul isterinya dengan kerusi di kepala dan badan sebelum ditahan di rumah mereka dekat Taman Pinggiran USJ, di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7 Ogos lalu pukul 6.30 petang ketika mangsa yang berusia 32 tahun itu berselisih faham dengan suaminya.

“Suspek bertindak memukul isterinya dengan kerusi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan lebam di seluruh badan.

“Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khalid, polis kemudian menahan suspek pada pukul 10.30 malam Selasa lalu.

“Suspek telah direman empat hari bermula kelmarin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR