fbpx
Tangkap layar suspek yang memandu Proton Wira dilihat secara sengaja mengundurkan kereta lalu melanggar kenderaan mangsa.

Lelaki berlagak samseng rempuh kereta dan lari diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng dengan melanggar sebuah kereta secara mengundur dalam kejadian yang berlaku di Taman Megah Ria, Masai, minggu lalu membawa padah apabila dia ditahan polis di Permas, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira pukul 10.30 malam.

Beliau berkata, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada pergeselan antara kereta Proton Wira yang dinaiki suspek dengan sebuah kereta.

“Suspek kemudian membuat tuntutan ganti rugi kepada pemandu kenderaan terbabit, namun tidak dihiraukan.

“Akibat perselisihan faham, suspek naik angin dan bertindak mengundurkan kereta lalu merempuh kenderaan terbabit sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang bekerja sebagai jurukimpal itu berjaya ditahan berdasarkan pengesanan nombor pendaftaran kereta.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 22 saat di aplikasi tiktok baru-baru ini yang memaparkan kereta mangsa terlanggar belakang kereta suspek menyebabkan suspek kemudiannya merempuh kereta mangsa secara mengundur dan melarikan diri. -KOSMO! ONLINE

 

POPULAR