fbpx

Gelombang haba di China lonjak harga telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja memindahkan telur di bahagian penetasan di Xiaogan dalam wilayah Hubei pada 9 April 2020. - AFP

BEIJING – Peningkatan suhu di bahagian timur China menyebabkan harga telur melonjak disebabkan keadaan ayam yang bertelur lebih sedikit ketika musim panas melampau. 

Beberapa bandar utama di China merekodkan hari terpanas sepanjang tahun ini dengan balai cerap kebangsaan negara itu mengeluarkan amaran ‘merah’ pada Isnin lalu.

Gelombang haba bukan sahaja memberi kesan ke atas manusia, bahkan haiwan juga mengalami tekanan.

Petani di bandar Hefei, wilayah Anhui melaporkan penurunan dalan kadar pengeluaran telur disebabkan cuaca panas, lapor laman berita Jianghuai Morning News minggu lalu, sambil menambah bahawa beberapa kemudahan telah memasang sistem penyejukan untuk ayam ternakan mereka.

Pengurangan bekalan di beberapa wilayah menyebabkan harga telur melonjak. Hefei mencatatkan kenaikan harga telur ayam sekitar 30 peratus dan terdapat lonjakan serupa di bandar Hangzhou dan Hai’an, demikian menurut media tempatan.

Hefei setakat ini mencatatkan rekod suhu melebihi 38 darjah Celsius selama 14 hari, lapor agensi berita Hefei Evening News. 

Pendedahan berterusan kepada suhu melampau boleh memburukkan penurunan dalam pengeluaran daripada sumber haiwan termasuk telur dan susu, demikian menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Walaupun bilangan ayam bertelur di China tidak berkurangan, haiwan-haiwan itu kurang makan pada hari panas, tambah akhbar Qianjiang Evening News.

Selain menjejaskan ladang-ladang ayam, gelombang haba juga membuatkan tenaga elektrik dicatu di Sichuan dalam menghadapi permintaan yang melambung untuk tenaga.

Sementara itu, wilayah Jiangxi di timur China yang mengalami kemarau teruk telah membuatkan 11,000 orang mengalami kesukaran untuk mendapatkan air minuman, manakala lebih 140,000 hektar tanaman rosak, demikian menurut agensi berita Xinhua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI