fbpx

Mahkamah: Tiga pemilik syarikat kemuka dokumen palsu didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan (tengah) dan Wan Helmi (kiri) didenda RM50,000 atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada syarikat pembersihan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Tiga pemilik syarikat masing-masing dikenakan hukuman denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Azlan Abd. Hashim, 48; Nahairizaki Mohd. Zin, 42, dan Wan Helmi Wan Darus, 49, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Hakim turut memerintahkan supaya kesemua tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda ditetapkan itu.

Pertuduhan ke atas mereka dijalankan secara berasingan dengan Azlan terlebih dahulu didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Maybank Islamic syarikat Excell Tech Enterprise bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender tersebut.

Nahairizaki yang merupakan tertuduh kedua didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun CIMB Bank Berhad (CIMB) syarikat Jakie Enterprise bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 manakala tertuduh ketiga, Wan Helmi pula didakwa menggunakan penyata akaun RHB Bank Bhd. milik syarikat WH Awana Sdn. Bhd. bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di Wisma Idaman Sdn. Bhd. di sini antara 18 Januari 2019 hingga 22 Januari 2019.

Tender tersebut melibatkan penswastaan kutipan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di utara tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI