fbpx

Geng Hitam Putih tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Geng Hitam Putih dilaporkan telah menyamun seorang guru wanita di kediamannya di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru sebelum melarikan sebuah Perodua Myvi beserta dua telefon bimbit milik mangsa.

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan jenayah yang dikenakan sebagai Geng Hitam Putih dengan menangkap empat suspek lelaki dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, penahanan empat suspek tersebut membantu polis menyelesaikan 12 kes jenayah yang dilaporkan di kawasan berkenaan antaranya samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan.

“Pada 10 Ogos lalu, Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri telah menerima satu aduan melibatkan kejadian samun melarikan sebuah kenderaan yang berlaku di sebuah rumah alamat Taman Mutiara Rini, Skudai Johor.

“Pengadu seorang guru wanita berusia 38 tahun memberitahu, kediamannya dimasuki dua suspek yang menaiki motosikal dan mengacukan pisau di kepalanya sebelum bertindak melarikan telefon bimbit dan sebuah Perodua Myvi milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rahmat memberitahu, dalam operasi berkenaan, polis turut berjaya merampas Perodua Myvi dan dua buah telefon bimbit milik mangsa yang dilapor telah disamun kumpulan berkenaan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati kesemuanya positif dadah selain turut mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI