fbpx

Dua pemandu ditahan lori bawa lebih 17,000 liter diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa minyak diesel bersubsidi yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Nibong Tebal pagi semalam.

SEBERANG PERAI – Dua pemandu lori warga tempatan ditahan bersama kira-kira 17,200 liter minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Nibong Tebal di sini pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan empat pegawai penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang susulan satu risikan serta maklumat yang diterima.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A. Mogan berkata, seorang daripada pemandu lori itu yang membawa lori tangki telah mengisi sebanyak 16,000 liter minyak diesel manakala seorang pemandu lagi yang membawa lori jenis ‘bonded’ dikesan telah mengisi 1,200 liter minyak yang sama ke dalam lorinya ketika diserbu.

Katanya, siasatan mendapati, lori tangki berjenama Hino itu mempunyai tangki berkapasiti 17,000 liter manakala lori ‘bonded’ seberat tujuh tan berjenama Nissan itu pula mempunyai enam tangki fiber berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang diubahsuai di dalam lori berkenaan.

“Secara keseluruhannya juga, anggaran nilai rampasan ke atas barang sitaan adalah sebanyak RM148,800 dan jumlah ini termasuk dua lori tersebut beserta enam unit tangki fiber, satu unit mesin pam motor dan dua unit hos paip,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI