JAKARTA – Satu hantaran di media sosial menunjukkan satu trend unik namun berisiko dalam kalangan pemilik motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.
Kerana peningkatan harga minyak Pertamax, sebilangan penduduk bertindak nekad mengubah suai tangki minyak kenderaan mereka menjadi lebih besar
Ubah suai ekstrem ini sengaja dilakukan bagi memaksimumkan kapasiti penyimpanan bahan api.
Harapannya, penunggang tidak perlu berulang-alik beratur ke stesen minyak dan dapat menyimpan lebih banyak stok bahan api di dalam motosikal mereka. – AGENSI














