fbpx
Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya.

Dua kali kritikal, Ainul Mardhiah terus kuat kembali sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Mengingati semula memori yang berlaku pada anak kesayangannya sepanjang berada di wad, bapa Ainul Mardhiah,4, merasakan perubahan positif anaknya untuk kembali sihat akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Facebook miliknya dengan memaklumkan keadaan semasa anaknya yang dijangka akan sihat dua-tiga hari lagi.

“Dalam 18 hari ini, dua kali Ainul kritikal, dua kali dia ‘ventilated’. Kesan ditidurkan dua kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk ainul pulih semula.

“Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah mula tekan-tekan radio Omar Hana dia tu untuk tukar-tukar lagu,” tulisnya di Facebook.

Berita berkaitan: Ainul Mardhiah diserang sawan, tahap kesihatan agak ‘teruk’

Walau bagaimanapun, menurut Safiuddin, Ainul seakan belum berupaya untuk duduk sendiri dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling jika ingin duduk.

“Nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan bantu sokong belakang dia.

Berita berkaitan: Saya reda dan halalkan anak saya – Bapa Ainul Mardhiah

“Insya-Allah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua hingga tiga hari lagi. Semoga Allah izinkan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Ubat-ubatan yang diberikan sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu sudah tiada demam, oleh itu, hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.-KOSMO! ONLINE.

POPULAR