fbpx

Ainul Mardhiah diserang sawan, tahap kesihatan agak ‘teruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Ainul Mardhiah kembali tidak stabil sejak semalam.

PETALING JAYA – Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kembali tidak stabil selepas diserang sawan beberapa kali sejak semalam.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan keadaan anaknya agak ‘teruk’ dan ini kali pertama Ainul terkena sawan yang berlaku antara empat ke lima kali dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Jelasnya, Ainul nampak sangat berbeza sekarang walaupun dia pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini.

“Tetapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan.

“Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan, badannya kaku dan saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang, saya sangat sayang dengan Ainul,” tulisnya di Facebook.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor masih berusaha merawatnya anaknya itu dan diminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuknya.

“Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari Allah S.W.T.

“Semoga Allah S.W.T izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik dan telah sedar sepenuhnya selepas hampir seminggu di rawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman.

Menurut bapanya, bacaan darah Ainul Mardhiah hampir normal semuanya manakala mesin ventilator sudah dimatikan serta banyak ubatan telah diberhentikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI