fbpx

Seorang maut dan seorang parah motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Permatang Bertam, Seberang Perai Utara di sini pagi tadi. /FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang secara berasingan bertembung di Jalan Permatang Bertam, Kepala Batas di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, penunggang motosikal yang berusia 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

“Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Perai dipercayai memotong sebuah kenderaan yang berada di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang remaja berusia 18 tahun.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian paha dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Mangsa yang maut kemudiannya dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI