fbpx

Mahkamah: Dua pemilik syarikat guna dokumen palsu didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rumzan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Dua pemilik syarikat masing-masing didenda RM100,000 dan RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Mohd. Rumzan Othman, 68, dan Anuar Abdul Aziz, 39, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.

Mohd. Rumzan didenda RM100,000 bagi dua pertuduhan dihadapinya manakala Anuar RM50,000 bagi satu pertuduhan.

Harmi Thamri turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan bagi setiap pertuduhan itu, namun mereka membayar jumlah denda ditetapkan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Rumzan didakwa mengemukakan dokumen palsu iaitu penyata akaun syarikat MRR Enterprise bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 kepada syarikat itu untuk mendapatkan tender tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat E-Idaman Sdn. Bhd. di Bandar Baru Stargate di sini antara 16 Januari hingga 22 Januari 2019.

Mohd. Rumzan turut didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun bank Hanna Niaga Enterprise bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 untuk memohon satu lagi tender daripada syarikat sama. Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di lokasi sama pada 19 Januari 2019.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Anuar dituduh mengemukakan penyata akaun palsu syarikat LJ Maju Sdn. Bhd. bagi bulan Oktober hingga Disember 2018 untuk mendapatkan tender penswastaan pengurusan kutipan sisa pepejal serta pembersihan awam daripada syarikat sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI