fbpx

EPL: Thomas Tuchel waspada muslihat Antonio Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA masih belum menemui rentak sebenar biarpun berjaya meraih kemenangan pada aksi pertama menewaskan Everton minggu lalu. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengambil sikap merendah diri menjelang aksi derbi London bertemu Tottenham Hotspur di Stamford Bridge malam ini.

Tuchel berpendapat situasi getir The Blues ketika berdepan isu pemilikan pasukan sebelum ini bakal memberikan kelebihan buat Spurs untuk menyiapkan skuad yang lebih baik.

“Tottenham memiliki kelab yang stabil, pemilikan pasukan juga begitu jelas dan mereka mengambil kesempatan dengan situasi dihadapi oleh kami sebelum ini. Selepas layak ke Liga Juara-Juara, mereka mengambil peluang ini untuk mengukuhkan pasukan.

“Mereka mengharungi pramusim dengan lebih tenang. Ia seakan mereka mendahului kami sejak daripada awal,” katanya.

Sebelum ini, Chelsea yang kini dimiliki Todd Boehly berdepan situasi kucar kacir hingga me­nyaksikan Pengarah Kelab, Marina Granovskaia dan Penasihat Teknikal, Petr Cech meninggalkan kelab.

Dalam masa sama, Tuchel juga percaya rakan sejawatnya, Antonio Conte adalah individu yang sukar untuk difahami dan mempunyai muslihat tersendiri.

“Saya tidak percayakan apa yang dia katakan. Jika dia katakan tentang taktikal atau pun mengatakan Chelsea sebagai pilihan, semuanya tidak boleh dipercayai.

“Setiap pasukan yang Antonio Conte latih, pasti akan mencabar kejuaraan dan situasinya ini sentiasa berlaku walau di mana saja dia berkhidmat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI