fbpx

Kos haji tahun depan akan dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen: AZMAN Mokhtar (dua dari kiri) menyantuni kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia yang tiba di KLIA, Sepang, Selangor hari ini. - Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Lembaga Tahun Haji dijangka membincangkan kembali isu bayaran kos haji bagi musim 1444 Hijrah/2023 Masihi dengan pihak kerajaan untuk dilaksanakan penilaian semula.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan muktamad akan diputuskan kelak oleh kerajaan berdasarkan pelbagai perkembangan semasa pada ketika itu.

“Kami (Tabung Haji) hanya boleh cadang tetapi keputusan akhir nanti akan ditentukan kerajaan dengan mengambil kira beberapa faktor,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyambut kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji seramai 284 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tiba pukul 1.30 tengah hari tadi.

Mengulas lebih lanjut, Azman berkata, jemaah dari kategori berpendapatan B40 mungkin tidak sedar bahawa Tabung Haji menanggung 62 peratus daripada kos keseluruhan pada tahun ini.

“Mereka cuma bayar sejumlah RM10,980 setiap seorang untuk perkhidmatan muassasah iaitu naik RM1,000 sahaja berbanding bayaran haji dikenakan pada musim 2019 lalu.

“Bagi jemaah kategori bukan B40 yang tidak memilih pakej swasta pula, mereka turut dibantu sebanyak 55 peratus apabila hanya perlu membayar kos haji berjumlah RM12,980 setiap orang,” katanya.

Jelasnya, kos sebenar telah melonjak kepada RM28,632 daripada anggaran asalnya hanya RM25,540 disebabkan beberapa faktor termasuk inflasi namun, dari segi tahap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan Tabung Haji, ia adalah gred terbaik sehingga mendapat pujian daripada pihak kerajaan Arab Saudi sendiri.

Justeru, agensi itu akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun berikutnya melalui pendekatan secara bersasar bagi memastikan ia memanfaatkan golongan paling memerlukan.

“Kepada bakal jemaah tahun depan, jangan bimbang kerana kita ada 10 bulan lagi sebelum musim haji akan datang dan pihak kerajaan tetap prihatin dengan keadaan semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI