fbpx

Buli MRSM Kuantan: Biar polis siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir membuat lawatan ke tapak reruai KPLB pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

SERDANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyerahkan sepenuhnya isu buli membabitkan seorang pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang kepada pihak polis.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.

“Saya akan meneliti laporan lengkap siasatan kes itu. Bila sudah buat laporan polis, kita tak mahu komen apa-apa lagi. Biarlah polis siasat,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 di sini, hari ini.

Katanya, beliau turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam kes buli itu.

Ujar beliau, amalan buli adalah satu perkara serius dan pelajar terbabit boleh dibuang sekolah.

“Misalnya insiden di MRSM Kepala Batas, pelajar buli pelajar lain apabila lembaga disiplin dapat sahkan, memang pelajar itu dibuang sekolah ,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan kes itu masing-masing pada 8 dan 12 Ogos lalu dan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI