fbpx

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang mengalami kecederaan parah susulan rempuhan tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto IHSAN PDRM

SEPANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Baru Dengkil menghala ke arah Salak Tinggi berhampiran Kota Warisan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam sewaktu mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 menghala susur keluar ke Cyberjaya.

“Siasatan awal mendapati, lori tersebut yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun secara tiba-tiba telah mengubah haluan dari lorong kiri masuk ke lorong kanan menghala ke arah Dengkil sebelum merempuh mangsa.

“Susulan rempuhan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati pemandu lori berkenaan juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI