fbpx

Muhammad Azeem akan buat keputusan sendiri – bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) disambut oleh ibu dan bapanya sebaik tiba di tanah air selepas kembali dari Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Cali, Colombia di KLIA semalam. – FAISOL MUSTAFA

BAPA kepada pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100 meter (m), Muhammad Azeem iaitu Fahmi Tajuid menjelaskan, beliau tidak akan menjadi individu yang memberi kata putus berhubung pemilihan universiti bagi melanjutkan pelajaran serta mengembangkan karier olahraga.

Katanya, sebarang keputusan terletak di tangan Azeem, namun beliau dan isteri, Norazah Ibrahim akan memberi panduan selain berbincang dengan atlet berusia 18 tahun itu bagi membuat keputusan terbaik.

Azeem yang meleburkan rekod kebangsaan acara 100m menerusi catatan 10.09 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia minggu lalu kini sedang membuat pertimbangan antara Universiti Houston ataupun Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).

“Kita beri peluang kepada dia untuk pilih, cuma dia sudah cakap kedua-dua universiti itu ada keperluan. Oleh sebab itu, dia menyatakan pilihannya sekarang sama ada Universiti Houston atau Auburn.

“Dia sudah nampak, cuma dia hanya perlukan pandangan serta panduan daripada kami. Selain itu, MSN (Majlis Sukan Negara) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) banyak membantu dalam membuat pilihan,” katanya.

Tambah Fahmi, pada pemerhatian yang dilakukan, Azeem dilihat lebih cenderung memilih Universiti Houston berdasarkan bidang pengajian Sains Sukan yang ditawarkan selain bakal mendapat sentuhan pemenang pingat emas sembilan kali Sukan Olimpik, Carl Lewis.

“Populasi penduduk Muslim di Houston lebih besar selain berpeluang berada di bawah bimbingan Carl Lewis. Justeru, memang itulah bayangan yang boleh dilihat buat masa sekarang.

“Berhubung tawaran yang diterima daripada Universiti Auburn, kami belum dengar lagi. Oleh itu, perkara tersebut akan dibincangkan antara kami, MSN dan KBS selepas ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, catatan masa dilakar Azeem di Colombia sebelum ini menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan ketika memena­ngi Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI