fbpx

Jumpa helang merah di gudang seludup diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELANG merah yang ditemui dalam serbuan penyelewengan minyal diesel bersubsidi di Kampung Sri Parit, Lukut.

PORT DICKSON – Kegiatan penyelewengan minyak diesel di kawasan lot terpencil dengan keseluruhan rampasan bernilai RM116,500 terbongkar dalam serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di Kampung Sri Parit, Lukut di sini semalam.

Lebih mengejutkan, haiwan yang dilindungi di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut ditemui dan dirampas dalam serbuan itu.

Ketua Pengawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd Muis Samsudin berkata, serbuan kira-kira pukul 7.55 malam itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Ketika serbuan, pasukan operasi mendapati terdapat dua suspek lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak yang dipercayai diesel daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori tangki lain menggunakan hos penyambung di sebuah kawasan lot terpencil.

“Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori tangki pertama mendapati terdapat kira-kira 9,000 liter cecair yang dipercayai minyak diesel manakala lori tangki kedua mengandungi kira-kira 8,000 liter minyak diesel,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, sindiket penyelewengan minyak diesel itu juga didapati memiliki haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI