fbpx

Tipu tawaran pekerjaan, enam individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu yang ditahan semalam di sebuah premis sekitar Jalan Ceylon.

KUALA LUMPUR – Polis menahan enam individu warga tempatan menerusi serbuan di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan tipu tawaran kerja dalam talian di di Jalan Ceylon, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 5.25 petang.

“Hasil serbuan polis menahan enam individu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja secara online.

“Kita juga turut merampas 29 unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima buah komputer, lima unit Pemprosesan Pusat (CPU), lima papan kekunci dan sebuah komputer riba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dellhan, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi kira-kira sebulan.

“Kesemua tahanan telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI