fbpx

Kes mingguan Covid-19 susut 17 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 ke atas seorang penduduk di Ahmedabad, India pada 21 Julai lalu. – AFP

WASHINGTON – Situasi  Covid-19  makin reda di seluruh dunia, menyaksikan kes mingguan  susut  17 peratus dan angka korban menurun 11 peratus meskipun Jepun terus mencatatkan peningkatan jangkitan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Negara Matahari Terbit itu merekodkan 247,830 kes harian bersama 215 kematian sekali gus angka terbesar dalam tempoh lima bulan.

Jepun mencatatkan sebanyak 206,495 jangkitan kelmarin iaitu  empat hari selepas rekod tertinggi tersebut dicatatkan. Jumlah keseluruhan di Jepun pula mencecah 14,302,864 pada kedudukan ke-11 dunia. Negara itu melepasi angka 200,000 kes harian buat pertama kali dua minggu lalu. 

Bagaimanapun, ketika subvarian Omicron, BA.5 merebak ke seluruh dunia, angka jangkitan global berkurang kepada 5,853,223 dengan purata harian sebanyak 836,175 kes. Jangkitan harian melepasi kadar satu juta pada 13 April lalu, demikian menurut laman web pemantauan koronavirus, Worldometers.info.

Angka kematian pada minggu lalu turut menurun kepada 14,603 dengan purata harian sebanyak 2,086 kematian  selepas kadar terendah dicatatkan pada 21 Jun lalu iaitu sebanyak 1,294 kematian.

Beberapa negara yang merekodkan peningkatan kes pada  minggu lalu termasuk Korea Selatan (22 peratus), menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 681,160 diikuti  Russia (60 peratus) dengan  jumlah kes 103,175 dan Sepanyol ( 31 peratus) bersamaan 34,751 kes.

Dari segi kes terbanyak, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat ketiga iaitu sebanyak 650,879 kes diikuti Jerman (375,002), Itali (283,712), Australia (238,132) dan Perancis (225,000).

AS merekodkan kematian paling banyak iaitu sebanyak 2,476, namun angka itu merupakan penurunan sebanyak 11 peratus. 

Brazil berada di tempat kedua dengan 1,475 kematian diikuti  Itali dengan catatan 1,059 kematian, manakala Jerman mencatatkan 886 kematian.

Secara keseluruhan, lebih 12.4 bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia, meningkat 100 juta dalam kalangan populasi dunia sekitar 7.9 bilion.

Tanah Besar China mendahului pemberian vaksinasi iaitu sebanyak 3.4 bilion dos, diikuti  India sebanyak dua bilion dos. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI