fbpx
Keadaan kawasan tangki air SMK Melor yang pecah hari ini. /FOTO FACEBOOK

Beberapa pelajar cedera, tangki air SMK Melor pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor dekat Ketereh di sini cedera dalam kejadian tangki air pecah yang berlaku hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.

Menurutnya, pelajar-pelajar yang cedera itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setelah selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor.

“Dimaklumkan beberapa orang pelajar mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut.

“Saya telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut Radzi, ia bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik selain selamat untuk kegunaan warga sekolah.

Tambahnya, beliau mendoakan agar mereka yang terlibat dalam insiden itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR