fbpx

Merdeka: 440 murid SK Darulaman Heights tonton Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian murid SK Darulaman Heights bergambar sebelum menonton filem Mat Kilau di Alor Setar, Kedah kelmarin.

ALOR SETAR – Kira-kira 440 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Heights di Jitra dekat sini teruja apabila berpeluang menonton filem Mat Kilau sebagai sebahagian pengisian sempena Bulan Kemerdekaan kelmarin.

Ummu Umairah Zukiman, 12, berkata, dia berasa tidak sabar untuk menonton filem Melayu yang mencetuskan feno­mena itu di panggung wayang selepas mendengar cerita daripada rakan-rakannya sebelum ini.

“Kawan-kawan beritahu jalan ceritanya menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil, tambahan lagi bulan ini kita sambut Hari Merdeka jadi memang sesuai untuk menontonnya,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi murid, Muhammad Zharief Adam Khairul Azmeer, 12, memberitahu, ini merupakan kali kedua dia menonton filem arahan Syamsul Yusof itu.

“Sebelum ini saya tonton filem ini dengan sepupu, tetapi kali ini lebih seronok kerana dapat saya menonton bersama kawan-kawan sekolah,” ujarnya.

Tambahnya, filem yang membawakan pelakon Adi Putra sebagai watak utama itu sangat bagus untuk pengetahuan sejarah terutama golongan muda.

Sebahagian murid SK Darulaman Heights bergambar sebelum menonton filem Mat Kilau di Alor Setar, Kedah kelmarin.

Sementara itu, Guru Besar sekolah SK Darulaman Heights, Burhanurdin Hasan berkata, pihaknya melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan pe­ringkat sekolah bermula pada 16 Ogos lalu hingga 22 September ini dengan melibatkan pelbagai aktiviti.

“Tujuan kita mengadakan program-program ini adalah untuk membina jati diri sema­ngat kemerdekaan dan melatih murid untuk mengikut arahan ketua atau guru, memupuk sikap ­disiplin serta cuba mengambil inti pati dalam filem Mat Kilau sebagai panduan.

“Dalam tempoh sambutan Bulan Kemerdekaan ini, pelbagai program diatur oleh pihak sekolah antaranya pertandingan melukis, mewarna, pakaian beragam dan lain-lain, manakala tontonan filem Mat Kilau ini secara kebetulan ia masih ditayangkan di pawagam dan kita memasukkannya sebagai antara pengisian,” katanya.

Penglibatan sehingga 500 peserta termasuk guru pengiring ke rombongan tayangan filem itu menjadikan mereka sebagai kumpulan paling ramai di bahagian utara yang menonton secara serentak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI