fbpx

Ribut petir di Kuala Lumpur, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Johor pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalysia) dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.

“Di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor membabitkan Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Hujan lebat juga dijangka turun di seluruh kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka,” katanya.

Turut terlibat iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor,” ujarnya.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam

“Ia adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI