fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga waktu balik bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Labuan hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena) dan Perak (Hilir Perak dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Muar dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN