fbpx

Remaja putus kaki dihempap besi belum tahu ibu sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (tengah) menyampaikan cek faedah pengurusan jenazah Yusni dan pencen penakat untuk Mohamad Shahrul dan dua adiknya kepada Abdul Hamid (dua dari kanan) di Kampung Gong Kala, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki yang putus kaki kiri selepas dihempap muatan besi dibawa sebuah treler di persimpangan lampu isyarat Kampung Dalam Kemunting di sini bulan lalu masih belum mengetahui ibunya sudah meninggal dunia meskipun sudah tiga minggu kejadian itu berlaku.

Datuknya, Abdul Hamid Md. Ali, 65, dia terpaksa merahsiakan kematian arwah Yusni Abdul Hamid,32, pada 14 Julai lalu daripada cucu, Mohamad Shahrul Rizal Mohd. Azizi, 12, yang sering bertanya mengenai keadaan ibunya.

Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu emosi Mohamad Shahrul Rizal terganggu semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika ini.

“Selepas mendengar nasihat doktor dan ahli keluarga terdekat, saya terpaksa merahsiakan kematian ibunya kerana dia memerlukan masa yang panjang untuk proses rawatan rapi di hospital.

“Saya akan memaklumkan perkara itu pada waktu yang sesuai apabila keadaan kaki kirinya yang sudah dipotong termasuk proses rawatan rahang dan gusinya selesai dijalankan.

“Buat masa ini, saya memberitahu ibunya kembali ke Pulau Pinang untuk bekerja di kilang tempat kerja lamanya selepas tempoh cuti tamat,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Abdul Hamid menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan, Nora Yaacob yang menyerahkan cek faedah pengurusan jenazah arwah Yusni sebanyak RM2,000 dan pencen penakat berjumlah RM480 sebulan kepada Mohamad Shahrul dan dua adiknya berusia 11 dan 6 tahun di rumahnya di Kampung Gong Kala di sini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI