fbpx
AZIZUL berharap anak keduanya itu dapat dijumpai tidak mengira masih hidup atau mati.

Harap dapat jumpa Nur Izzati hidup atau mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Bapa kepada remaja perempuan yang dipercayai hilang ketika sesat selepas mendaki Bukit Changkat Asa di Hulu Selangor sejak Sabtu lalu berharap anak keduanya dapat ditemui sama ada hidup atau mati.

Menurut Azizul Abdul Aziz, 48, dia berharap Nur Izzati Humaira dapat dijumpai selepas buntu kehilangannya selama tiga hari.

“Saya harap dia dapat ditemui. Maaf la sama ada hidup atau mati. Ingin ada ‘jasadnya’ supaya kami sekeluarga tidak terus buntu.

“Kasihan melihat isteri, semakin tidak bersemangat. Cuma sebagai seorang bapa, saya amat berharap dia selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di Hulu Selangor hari ini.

Katanya lagi, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian itu berlaku.

“Cuma baru-baru ini dia baru dapat lesen memandu kereta jadi agak gembira memeluk dan mencium saya dan isteri beberapa kali.

“Dia juga memandu kereta Proton Wira untuk pergi ke kedai serbaneka bersama adik beradiknya kerana gembira boleh memandu kereta,” katanya.

Ujarnya, anak keduanya itu bekerja sambilan di restoran berdekatan MRSM Trolak sebelum menyambung pengajian di instisusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, Nur Izzati ialah seorang yang tenang, gembira dan aktif selain amat mementingkan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN