fbpx

Liga Premier : Terengganu FC II tundukkan KUFC 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KUFC, Nkoju Jacob (tengah) menngelecek pemain Terengganu FC II pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN KUFC

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) rebah di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada Terengganu FC II pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Turun selaku tuan rumah, KUFC tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pembukaan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Mohamad Amirul Shafik Che Soh.

Terengganu FC II mengikat kedudukan 1-1 menerusi Amirul Syazwan Nor Azmi yang tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.a.

Terengganu FC II melebarkan kedudukan menjadi 2-1 menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali pada minit ke-75.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain import baharu KUFC, Julius Ziggy Ofori berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80.

Kealpaan KUFC dihukum apabila kesilapan Mohamad Fikri memberi ruang kepada Wan Mohamad Fazli untuk menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu sekali gus menjadikan menjadikan kedudukan 3-2.

Keputusan itu menyaksikan KUFC berada pada tangga ke lima Liga Premier manakala Terengganu FC II di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI