fbpx

EPL: Rekod Mohamed Salah gagal ubati kecewa Jurgen Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kanan) menyelamatkan maruah Liverpool apabila meledak gol penyamaan ketika seri 2-2 menentang Fulham pada aksi pertama musim baharu. – AFP

LONDON – Bintang sensasi Li­verpool, Mohamed Salah kini menyamai rekod Frank Lampard, Wayne Rooney dan Alan Shearer mengumpul lapan gol yang dihasilkan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Pemain Mesir itu meledak gol kelapan ketika menghasilkan jaringan penyamaan 2-2 sewaktu menentang Fulham di Craven Cottage kelmarin.

Rooney, Lampard dan Shearer melakukan catatan itu dalam tempoh yang lebih lama sekaligus melonjakkan nama Salah sebagai pendahulu senarai memandangkan kesemua jaringannya dihasilkan sepanjang enam musim berturut-turut sejak mula sertai Liverpool pada 2017.

Jaringan itu juga menyaksikan Salah menyamai jumlah jaringan Michael Owen di tangga kelapan senarai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liverpool dengan 158 gol dan hanya dibezakan 14 gol berbanding legenda kelab, Kenny Dalglish.

Penyerang baharu, Darwin Nunez juga terus cipta sensasi apabila merekodkan gol sulungnya di Liga Perdana Inggeris, namun keputusan seri ini jelas tidak menggembirakan pengendali pasukan, Jurgen Klopp.

Selain keadaan padang yang tidak memuaskan, Klopp juga menyalahkan sikap anak-anak buahnya dan mengakui bahawa Liverpool tidak berhak untuk memenangi perlawanan ini.

“Perkara yang bagus daripada perlawanan ini adalah keputusan, namun fakta sebenar kami tidak bermain dengan baik. Sikap pemain tidak betul sejak awal perlawanan. Walaupun kami cuba bangkit, ia jelas satu kesukaran.

“Padang juga agak kering dan kami bermain mengikut cara mereka. Saya tidak fikir yang kami berhak dapat lebih daripada keputusan ini,” katanya.

Bagaimanapun, pengurus dari Jerman itu terus dipalit masalah apabila Thiago Alcantara menyertai senarai pemain yang tercedera bersama Naby Keita, Ibrahima Konate, Curtis Jones, Alex Oxlade-Chamberlain, Kostas Tsimikas dan Diogo Jota. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI