fbpx

AUG: Pencapaian luar biasa biarpun tanpa atlet bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada kontinjen negara menyertai upacara penutup yang diadakan penuh meriah di Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat kelmarin.

UBON RATCHATHANI – Biar­pun tidak dapat membawa ramai atlet yang bertaraf antarabangsa, namun Malaysia masih berjaya meraih keputusan membanggakan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Kontinjen negara tetap mempertaruhkan 100 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) walaupun tanpa nama-nama besar yang mempunyai tugasan lebih utama seperti Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan sasaran 35 pingat emas apabila memungut ke­seluruhan 49 emas, 83 perak dan 50 gangsa bagi edisi kali ini.

Ia membolehkan kontinjen negara muncul naib juara di belakang tuan rumah Thailand yang mengutip 109 pingat emas sekali gus menjadi pencapaian terbaik sejak Malaysia menjadi juara edisi 2012 di Vientiane, Laos.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­ngurusan Kontinjen IPT Malaysia, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, kejayaan kali ini adalah di luar jangkaan kerana hampir kesemua atlet yang beraksi berjaya membawa pulang pingat.

“Kita ada beberapa atlet berpotensi untuk memenangi pingat di AUG ini, tetapi kita terpaksa berkorban.

“Tak bermakna ketiadaan mereka kita tidak mempunyai pelapis-pelapis seperti yang dibuktikan di sini.

“Saya bagi rating 8.5 per 10 kerana prestasi kita sangat cemerlang terutama enam jenis sukan seperti olahraga, catur, badminton, lawan pedang, karate dan wushu,” katanya.

Menurut Pekan, pihaknya akan melakukan post-mortem dalam merangka persedia­an lebih rapi menghadapi AUG 2024 di Surabaya, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI