fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik sebelum mangsa terjatuh pada ketinggian 168 meter di bandar Huaying baru-baru ini. - JamPress

Gadis maut jatuh buaian setinggi 168 meter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang gadis berumur 16 tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada buaian pada ketinggian 168 meter ketika melakukan aktiviti lasak di sebuah taman rekreasi popular di China, lapor akhbar Daily Star. 

Kejadian berlaku di Maliuyan Adventure Park di bandar Huaying, wilayah Sichuan, baru-baru ini. 

Mangsa dikenali sebagai Liu itu terjatuh di kawasan air terjun apabila tali keselamatan yang dipasang pada badannya dipercayai terlucut. 

Beberapa saksi memberitahu bahawa mangsa berulang kali menjerit ‘ia tidak cukup ketat dan longgar’ kepada kakitangan beberapa saat sebelum dia dilepaskan ke tebing. 

Pasukan kecemasan bergegas membawa mangsa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan. 

Tarikan yang baru beroperasi lebih sebulan itu mengeluarkan notis penutupan sementara sehingga semalam. 

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa pasukan penyiasatan ditubuhkan untuk menjalankan siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN