fbpx
ANGGOTA APM membuat pemantaun di kawasan tanah runtuh yang mengenai jalan utama ke Kampung Pos Yum, Sungai Siput hari ini.

Tanah runtuh akibat hujan 2 jam, jalan ke kampung Orang Asli terhalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hujan berterusan lebih dua jam malam semalam mengakibatkan berlaku runtuhan tanah sekali gus menyebabkan jalan utama ke Kampung Pos Yum di Sungai Siput terhalang.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, masa kejadian berlaku pada pukul 1.05 petang tadi dengan hakisan dan runtuhan tanah mengenai struktur jalan.

Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

Mengikut kronologi kejadian, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Sungai Siput menuju ke lokasi tersebut selepas menerima maklumat dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun.

“APM Unit Sungai Siput (U) membuat pemantaun di sekitar kawasan tanah runtuh.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku hakisan dan runtuhan tanah mengenai struktur jalan yang menyebabkan jalan utama ke Kampung Pos Yum terhalang,” menurut jurucakap sekretariat itu hari ini.

Kampung Pos Yum terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Sungai Siput.

Kerja-kerja bagi membuka laluan terhalang telah dijalankan oleh pihak kontraktor, menurut sekretariat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN