Seorang pelancong membuat tukar wang baht di kaunter pertukaran mata wang bandar Waeng, Narathiwat, Thailand semalam.

Orang Kelantan belanja ‘sakan’ di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding mata wang Thailand ketika ini membolehkan rakyat Kelantan menikmati penjimatan antara 10 hingga 20 peratus ketika berbelanja di negara jiran itu.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, kadar tukaran semasa RM1 bersamaan kira-kira 8.1 baht Thailand sekali gus menjadikan kos makanan, penginapan serta barangan harian lebih rendah berbanding sebelum ini.

Seorang pelancong dari Kuala Krai, Che Salleh Che Ismail, 55, berkata, situasi tersebut mendorong ramai rakyat Kelantan mengambil peluang untuk bercuti dan membeli-belah di negara sempadan.

Katanya, destinasi seperti Golok dan Narathiwat menjadi pilihan utama kerana harga barangan yang lebih murah selepas ditukar kepada ringgit.

“Kadar tukaran semasa membolehkan kami berjimat sehingga 20 peratus sekarang.

“Dengan nilai ringgit yang le­bih kukuh, kami boleh berbelanja lebih tanpa perlu risau tentang kos tinggi. Saya melihat sekarang ini memang masa sesuai untuk ke Thailand,” katanya.

Seorang lagi pelancong Malaysia, Hasanah Deraman, 52, berkata, peningkatan nilai ringgit turut memberi kesan positif kepada peniaga di kawasan sempadan apabila bilangan pelancong semakin meningkat.

Katanya, sebelum ini kadar tukaran kira-kira RM1 bersamaan kira-kira 7.4 baht Thailand.

“Saya akan ke Narathiwat dua kali sebulan untuk melancong dan membeli barangan keperluan untuk mengambil kesempatan pengukuhan nilai ringgit ketika ini.

“Bagaimanapun, orang ramai perlu berbelanja secara berhemah walaupun kadar tukaran ketika ini lebih memihak kepada rakyat Malaysia,” katanya yang pergi ke sana bersama keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN