fbpx
THAKSIN bergegas memeluk anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra sejurus dibebaskan dari Penjara Pusat Klong Prem di Bangkok hari ini. – AFP

Bekas PM Thai, Thaksin bebas dari penjara hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dibebaskan awal dari penjara hari ini, demikian  menurut wartawan AFP di luar penjara Bangkok.

Bilionair telekomunikasi berusia 76 tahun itu  menjalani hukuman penjara satu tahun atas kesalahan rasuah sejak September 2025 dan dikehendaki memakai peranti pemantauan elektronik semasa tempoh parol empat bulannya.

Thaksin memeluk ahli keluarganya di luar penjara di mana beberapa ratus penyokong memakai baju merah ikonik berkumpul, dengan ada melaungkan kata-kata ‘kami sayang Thaksin’, kata wartawan AFP.

Jentera politik beliau selama dua dekad telah menjadi musuh utama golongan elit Thailand yang pro-tentera dan pro-raja. Mereka menganggap kempen populisnya mengancam  tatanan sosial tradisional.

Parti Pheu Thai pimpinan Thaksin  merupakan parti politik Thailand yang paling berjaya pada abad ke-21, dengan keluarga Shinawatra meletakkan  empat perdana menteri dan mendapat sokongan meluas rakyat luar bandar.

Bagaimanapun, Pheu Thai mencatatkan keputusan pilihan raya terburuknya pada Februari lalu, jatuh di tempat ketiga dan menimbulkan persoalan tentang masa depan dinasti politik Thaksin.

Namun, penyertaan Pheu Thai dalam gabungan pemerintah di bawah Perdana Menteri konservatif Anutin Charnvirakul telah membuka kemungkinan untuk kepulangan politik beliau. — AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN