fbpx

Tunku Azizah terima ‘hadiah’ kek kereta sempena Hari Keputeraan Ke-62

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah memotong kek berbentuk kereta sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-62 di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Warga Istana Negara hari ini membuat kejutan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-62 semalam.

Mereka telah menghadiahkan Tunku Azizah dengan sebuah kek berbentuk kereta yang difahamkan ia diinspirasi daripada sebuah model kereta jenama Honda milik Baginda.

Istana Negara dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, selain kek berbentuk kereta, mereka turut menghadiahkan pulut kuning serta nyanyian lagu ‘Happy Birthday To You’ dan ‘Allah Selamatkan Tuanku’.

“Kejutan ini berlangsung ketika Seri Paduka Baginda berangkat tiba dari Istana Bukit Serene di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

“Turut berangkat, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah,” kata Istana Negara.

Tambah kenyataan itu, Tunku Azizah turut berkenan memotong kek dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Istana Negara.

“Semoga Seri Paduka Baginda dilimpahi keberkatan, dipanjangkan usia dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.

Terdahulu, sempena Hari Keputeraan Baginda, satu majlis ‘suprise’ telah dilangsungkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Majlis tersebut telah disusun oleh anakanda saudara Seri Paduka Baginda, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI