fbpx

Peniaga simbah cat merah dipenjara 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Saiful (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimbah cat merah pada Julai lalu.

SEREMBAN – Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimbah cat merah bagi pihak ah long di rumah mangsa pada Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Saiful Zulkefli, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohamad Saiful bertindak bagi seorang pemberi pinjam wang telah menyimbah cat berwarna merah di tempat tinggal mangsa seorang lelaki dan wanita berusia 38 serta 4O tahun di dua lokasi berasingan.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Rasah Jaya pada pukul 2 petang, 22 Julai lalu dan di Taman Pinggiran Golf pada pukul 1.50 petang, 25 Julai lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Tanpa Lesen, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 15 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh turut didakwa di bawah Sekyen 29B (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Tanpa Lesen yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran selain mengambil kira emosi mangsa yang disimbah cat merah.

Dalam prosiding kes, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Iwana Sakinah Mohd. Lajis yang mewakili Mohamad Saiful memohon hukuman penjara paling minimum ke atas tertuduh.

“Orang Kena Tuduh (OKT) hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan dengan pendapatan RM1,000 sebulan dan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan ke atas tertuduh bermula daripada tarikh tangkap pada 28 Julai lalu bagi kedua-dua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI